SEBERANG PERAI,10 Mac– Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) terus mencatatkan sebanyak 18 pencapaian membanggakan sepanjang tahun 2025, manakala enam lagi pencapaian berjaya diraih setakat tahun ini.
Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) merekodkan sebanyak 18 pencapaian sepanjang tahun 2025, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan pihak berkuasa tempatan itu dalam memperkukuh kesejahteraan komuniti di Seberang Perai.

Baderul Amin menjelaskan bahawa pelaksanaan AFC Seberang Perai (AFCSP) akan dilaksanakan oleh MBSP bermula November 2025 hingga 2028 dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC).
Tambah beliau, pelaksanaan inisiatif tersebut dijangka dapat meningkatkan tahap kebolehdiaman (liveability) serta kesejahteraan warga emas di Seberang Perai, di samping memupuk hubungan antara generasi dan membina komuniti yang lebih inklusif bagi semua peringkat umur.

Dalam perkembangan berkaitan, MBSP turut menerima penarafan BAIK atau empat bintang hasil daripada Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan 2025 yang dilaksanakan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) pada 18 hingga 19 Jun 2025 di MBSP.
“Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja MBSP atas komitmen tinggi yang ditunjukkan sepanjang proses pengauditan tersebut,” katanya.
Sementara itu, Baderul Amin berkata MBSP juga telah meluluskan tambahan peruntukan sebanyak RM300,000 bagi Kumpulan Wang Pinjaman Kenderaan untuk kakitangan MBSP tertakluk kepada syarat Pekeliling Perbendaharaan (WP 9.2/2013 dan WP 9.3/2013).
Datuk Bandar MBSP, Dato’ Baderul Amin Abdul Hamid berkata, kejayaan tersebut merupakan hasil usaha bersepadu seluruh warga kerja MBSP dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
Antara pencapaian penting yang diraih termasuk pengiktirafan MBSP sebagai ahli Global Network for Age-Friendly Cities and Communities oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Melalui pengiktirafan ini, pelbagai inisiatif bandar mesra warga emas akan dilaksanakan bagi mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, inklusif dan selesa untuk golongan tersebut.
Selain itu, MBSP turut menerima penarafan empat bintang atau tahap “Baik” dalam Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan 2025 yang dikendalikan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), sekali gus mencerminkan tahap tadbir urus dan pengurusan keselamatan organisasi yang baik.
Dalam pada itu, sebagai menghargai komitmen dan kerja keras Ahli Majlis serta kakitangan sepanjang tahun lalu, MBSP turut memberikan Insentif Kecemerlangan Prestasi 2025 pada kadar 0.25 bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada yang layak.
Pembayaran insentif tersebut dijadualkan pada 13 dan 14 Mac 2026, melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM4.01 juta.
Beliau berharap pemberian insentif tersebut dapat menjadi suntikan semangat kepada seluruh warga kerja MBSP untuk terus bekerja dengan lebih gigih, cekap dan berintegriti dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk Seberang Perai.

