Thursday, April 16, 2026
UtamaBeritaMAINPP agihkan RM4.8 juta zakat kepada 14,126 asnaf menjelang Ramadan

MAINPP agihkan RM4.8 juta zakat kepada 14,126 asnaf menjelang Ramadan

GEORGE TOWN: Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) memperuntukkan RM4.8 juta bagi pelaksanaan Program Nur Ramadan 1447H kepada 14,126 penerima di seluruh negeri tahun ini, menurut Yang Dipertua MAINPP Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid. 

Menurut Yang Dipertua MAINPP, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid, daripada jumlah keseluruhan, RM3.3 juta diagihkan dalam bentuk tunai manakala RM1.5 juta lagi disalurkan sebagai e-hamper kepada penerima yang layak.

“Selain pembangunan struktur dan pengukuhan tadbir urus institusi masjid, kerajaan negeri juga memberi perhatian kepada usaha mengimarahkan masjid, khususnya sepanjang Ramadan dan RM265,000 sumbangan Ihya’ Ramadan disalurkan kepada semua masjid di Pulau Pinang,” katanya.

Seramai 4,126 penerima bawah skim bantuan kewangan dan makanan bulanan menerima bantuan tunai RM800 yang dimasukkan terus ke akaun masing-masing, serta e-hamper bernilai RM100. Selain itu, 10,000 penerima tambahan yang dikenal pasti melalui cadangan kariah masjid di seluruh Pulau Pinang turut menerima bantuan e-hamper bagi memastikan lebih ramai golongan asnaf mendapat manfaat.

Program tahunan ini menekankan komitmen MAINPP dalam menyantuni golongan memerlukan dan meringankan beban kewangan mereka, khususnya ketika Ramadan.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments