Friday, April 17, 2026
UtamaBeritaKetua Menteri Laksana Pendekatan Sistematik Selesai Isu RIBI tanpa Kelulusan

Ketua Menteri Laksana Pendekatan Sistematik Selesai Isu RIBI tanpa Kelulusan

PANTAI JEREJAK,10 Mac – Kerajaan Negeri mengambil pendekatan tersusun bagi menyelesaikan isu Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) tanpa kelulusan di negeri ini melalui kaedah penempatan semula, penyediaan tapak alternatif serta pemberian tanah yang bersesuaian.

Antara pendekatan yang akan dilaksanakan termasuk menempatkan semula rumah ibadat sedia ada, menyediakan tapak alternatif yang lebih sesuai serta menawarkan tanah yang bersesuaian sebagai penyelesaian jangka panjang. Usaha ini dilihat sebagai cara untuk menyelesaikan isu lama secara berperingkat dan lebih teratur.

Beliau yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi menekankan bahawa pendirian Kerajaan Negeri terhadap pembinaan baharu tanpa kelulusan adalah tegas.

Dalam masa yang sama, kerajaan negeri menegaskan bahawa walaupun terdapat toleransi terhadap struktur sedia ada melalui proses pemutihan atau pemindahan, tindakan tegas akan diambil terhadap pembinaan rumah ibadat baharu yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.

Berhubung isu RIBI berhampiran Hospital Bukit Mertajam, kerajaan negeri kini sedang mengenal pasti tapak alternatif yang sesuai. Selain itu, satu perhimpunan yang dirancang pada 7 Mac lalu turut dibatalkan selepas perbincangan diadakan antara pihak berkaitan dan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang provokasi serta memastikan ketenteraman awam terus terpelihara.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments