UtamaBeritaKetua Menteri Akan Bawa Rayuan Peniaga Pasar Seberang Jaya Kurangkan Kadar Sewa

Ketua Menteri Akan Bawa Rayuan Peniaga Pasar Seberang Jaya Kurangkan Kadar Sewa

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow akan membawa rayuan peniaga Pasar Seberang Jaya kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) untuk mempertimbangkan pengurangan kadar sewa premis.

Perkara itu dibangkitkan peniaga ketika program Jelajah CM Chow, susulan jumlah pelanggan yang lebih ramai pada hujung minggu berbanding hari biasa.

Menurut Kon Yeow, kadar sewa semasa ialah RM300 sebulan bagi gerai berjeriji dan RM165 bagi gerai terbuka.

Peniaga tidak meminta sewa dimansuhkan, sebaliknya berharap MBSP dapat mempertimbangkan sedikit pengurangan bagi meringankan beban mereka.

Beliau menerima surat rayuan daripada Persatuan Kompleks Penjaja dan Pasar Awam Seberang Jaya dan memaklumkan perkara tersebut boleh diteliti dengan lebih lanjut oleh MBSP.

Kon Yeow berkata, Pasar Seberang Jaya yang dibangunkan semula bertujuan menyediakan persekitaran perniagaan lebih selesa, luas dan teratur kepada peniaga serta pengunjung.

Dalam program berkenaan, beliau turut turun padang bertemu peniaga dan orang ramai bersama Pengerusi DAP Pulau Pinang, Steven Sim Chee Keong, serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Majlis MBSP.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments