UtamaBeritaBakat Berkemahiran Tinggi Penting Kekalkan Pulau Pinang Sebagai Hab Semikonduktor – Ketua...

Bakat Berkemahiran Tinggi Penting Kekalkan Pulau Pinang Sebagai Hab Semikonduktor – Ketua Menteri

Pembangunan bakat berkemahiran tinggi dalam sektor semikonduktor perlu terus diperkasakan bagi memastikan Pulau Pinang kekal sebagai hab utama elektrik dan elektronik (E&E) negara, khususnya ketika permintaan global terhadap semikonduktor terus meningkat.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata, Pulau Pinang kini menyumbang lebih lima peratus jualan semikonduktor global, manakala eksport E&E negeri secara konsisten merangkumi lebih 60 peratus daripada keseluruhan eksport E&E Malaysia.

Menurut Kon Yeow, Pulau Pinang merekodkan lebih RM350 bilion eksport E&E bagi separuh pertama 2026, meningkat lebih 80 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Bagaimanapun, pertumbuhan pesat industri turut membawa cabaran kekurangan tenaga mahir apabila Malaysia dianggarkan memerlukan kira-kira 50,000 jurutera berkemahiran, sedangkan universiti tempatan hanya menghasilkan sekitar 5,000 graduan kejuruteraan setiap tahun.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Netherlands-Southeast Asia Semiconductor Talent Programme 2026 di Universiti Sains Malaysia (USM), yang menghimpunkan 60 pelajar dari Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand.

Kon Yeow berkata, program pembangunan bakat dan kerjasama antarabangsa amat penting untuk menarik lebih ramai generasi muda menceburi bidang semikonduktor, khususnya dalam era kecerdasan buatan (AI), kenderaan elektrik, teknologi kesihatan dan teknologi termaju yang bakal menjadi pemacu ekonomi masa hadapan.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments