UtamaBeritaHubungan Pulau Pinang-Jepun Terus Diperkukuh Menerusi Kunjungan Hormat Duta Jepun

Hubungan Pulau Pinang-Jepun Terus Diperkukuh Menerusi Kunjungan Hormat Duta Jepun

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menerima kunjungan hormat Duta Besar Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Shikata Noriyuki, di pejabatnya di Komtar bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan kerjasama antara Jepun dan Pulau Pinang.

Menurut Kon Yeow, pertemuan tersebut menyentuh mengenai kehadiran syarikat-syarikat Jepun yang telah lama bertapak di Pulau Pinang selain hubungan budaya yang erat serta pengaruh Jepun yang terus mewarnai landskap budaya negeri ini.

Beliau berkata, Duta Besar Jepun turut menyatakan penghargaan terhadap pembangunan Pulau Pinang serta berharap lebih banyak kerjasama dapat diwujudkan antara kedua-dua pihak pada masa hadapan.

Kon Yeow menegaskan bahawa Kerajaan Negeri komited untuk terus memperkukuh hubungan dengan negara dan wilayah yang berkongsi aspirasi sama dalam memperluaskan kerjasama merentasi pelbagai sektor demi merancakkan pertumbuhan ekonomi serta mewujudkan kemakmuran bersama.

Turut hadir pada kunjungan hormat tersebut ialah Konsul Jeneral Jepun di Pulau Pinang, Machida Shinya dan Timbalan Konsul Jeneral Jepun di Pulau Pinang, Yazama Hideyuki.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments