UtamaBeritaBelia ASEAN Diperkasa Melalui Warisan Budaya dan Ekonomi Kreatif

Belia ASEAN Diperkasa Melalui Warisan Budaya dan Ekonomi Kreatif

Program SUKASENI Youth Craft for ASEAN (YOCA) Bootcamp Penang 2026 menjadi platform penting dalam menghimpunkan golongan kreatif muda, penggiat budaya, usahawan serta pemimpin belia dari seluruh ASEAN bagi meneroka potensi ekonomi kreatif berasaskan warisan budaya.

Menurut Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Wong Hon Wai, program ini bukan sekadar medan latihan, malah menjadi jambatan yang menghubungkan belia ASEAN melalui perkongsian idea, inovasi serta pemahaman terhadap identiti budaya serantau.

Mengangkat tema “Fashion Passion”, YOCA turut menampilkan fesyen sebagai medium yang mencerminkan nilai warisan, kreativiti dan identiti masyarakat.

Antaranya ialah kebaya yang menjadi simbol budaya Asia Tenggara serta kini diusahakan bersama oleh beberapa negara ASEAN untuk pencalonan sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO.

Sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO, Pulau Pinang komited memperkukuh pembangunan ekonomi kreatif dengan menjadikan warisan budaya sebagai sumber inspirasi kepada generasi muda, penggiat seni dan usahawan kreatif.

IMG 20260709 WA0048 500x333 1
Belia ASEAN Diperkasa Melalui Warisan Budaya dan Ekonomi Kreatif 2

Melalui inisiatif seperti YOCA, belia ASEAN bukan sahaja diberi ruang mengembangkan bakat, malah berperanan sebagai penggerak yang mencorakkan masa depan industri kreatif dan budaya di rantau ini.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments