Thursday, June 18, 2026
UtamaBeritaPBAHB Catat Untung RM114.55 Juta, Lulus Dividen 5 Sen Kepada Pemegang Saham

PBAHB Catat Untung RM114.55 Juta, Lulus Dividen 5 Sen Kepada Pemegang Saham

PBA Holdings Bhd (PBAHB) mencatat keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM114.55 juta bagi tahun kewangan 2025 dan meluluskan pembayaran dividen keseluruhan sebanyak 5 sen sesaham kepada 6,996 pemegang sahamnya, sekali gus mengekalkan rekod pembayaran dividen selama 25 tahun berturut-turut.

Pengerusi PBAHB yang juga Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata, prestasi kewangan syarikat mencerminkan daya tahan serta komitmen berterusan dalam memberikan nilai jangka panjang kepada pemegang saham dan rakyat Pulau Pinang.

Beliau memaklumkan bahawa dividen akhir sebanyak 2.75 sen sesaham bernilai RM9.1 juta akan dibayar pada 24 Julai ini, melengkapkan pembayaran dividen interim sebanyak 2.25 sen sesaham yang telah dibuat pada Januari lalu.

Pada tahun sama, PBAHB merekodkan hasil sebanyak RM568.44 juta berbanding RM527.60 juta pada tahun sebelumnya, dengan majoriti sumbangan datang daripada jualan air oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

Dalam pada itu, Chow menegaskan bahawa sebahagian besar keuntungan syarikat akan terus dilaburkan semula bagi membiayai projek-projek bekalan air masa depan.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk K. Pathmanathan berkata, sebanyak RM99.55 juta atau kira-kira 87 peratus daripada keuntungan tahun 2025 telah diperuntukkan sebagai perbelanjaan modal bagi projek infrastruktur air.

Antara projek utama yang sedang dan akan dilaksanakan termasuk pembinaan loji rawatan air baharu, rangkaian paip utama serta Projek Air Perak-Pulau Pinang yang dijangka dimeterai minggu depan, bagi memastikan bekalan air negeri kekal mampan dan mampu memenuhi peningkatan permintaan menjelang tahun 2032.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments