Thursday, April 23, 2026
UtamaBeritaKerajaan Negeri Perkasa Agenda Kelestarian Melalui Projek Pemulihan Air di Seberang Perai

Kerajaan Negeri Perkasa Agenda Kelestarian Melalui Projek Pemulihan Air di Seberang Perai

Komitmen Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam memperkukuh agenda kelestarian terus diperkasakan apabila YB Jason Hng Mooi Lye yang juga Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa Pulau Pinang menghadiri Majlis Pelancaran Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Pemulihan Air di Taman Upcycle Majlis Bandaraya Seberang Perai, baru-baru ini.

Program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Micron Memory Malaysia Sdn. Bhd. yang telah menyumbangkan sebanyak RM5.9 juta bagi menjayakan projek pemulihan kualiti air Tasik Bandar Perda melalui pelaksanaan sistem ‘Constructed Wetland’. Inisiatif ini merupakan antara langkah strategik dalam usaha mempertingkatkan kualiti alam sekitar serta memastikan pengurusan sumber air yang lebih mampan di kawasan Seberang Perai.

Menurut beliau, usaha seumpama ini bukan sahaja memberi fokus kepada pemulihan kualiti air, malah turut menjadi platform penting dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar. Pada masa sama, ia juga selaras dengan agenda pembangunan mampan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menekankan keseimbangan antara pembangunan fizikal, ekonomi dan kelestarian alam sekitar.

Kerajaan Negeri turut menyambut baik penglibatan sektor swasta dalam melaksanakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti ini, yang dilihat mampu memberi impak jangka panjang kepada kesejahteraan rakyat serta kelestarian ekosistem bandar. Usaha berterusan ini dijangka menjadi pemangkin kepada lebih banyak projek hijau pada masa akan datang demi menjadikan Pulau Pinang negeri yang lebih bersih, hijau dan mampan.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments