Sunday, April 19, 2026
UtamaBeritaProgram #BizIbuTunggal tunjuk prestasi membanggakan

Program #BizIbuTunggal tunjuk prestasi membanggakan


SEBERANG JAYA – Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus komited memperkasa wanita menerusi pelbagai inisiatif inklusif, selaras dengan sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang pada tahun ini.

Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim berkata, kempen Hari Wanita Sedunia pada tahun ini urut menampilkan Showcase @ IWD yang mempamerkan pencapaian wanita dalam pelbagai bidang seperti teknologi, seni, kesihatan dan kelestarian alam.

Projek #BizIbuTunggal terus mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya membantu golongan ibu tunggal menjana pendapatan serta meningkatkan taraf hidup mereka melalui bidang keusahawanan.

Inisiatif ini memberi fokus kepada penyediaan latihan, bimbingan serta sokongan berterusan kepada peserta agar mereka mampu berdikari dan mengurus perniagaan sendiri dengan lebih sistematik. Hasilnya, ramai dalam kalangan peserta kini berjaya mengembangkan perniagaan masing-masing, sama ada dalam bidang makanan, produk buatan tangan mahupun perkhidmatan.

Kejayaan ini membuktikan bahawa dengan peluang dan sokongan yang tepat, golongan ibu tunggal berupaya mencipta perubahan dalam kehidupan mereka serta menyumbang kepada ekonomi keluarga.

Selain membantu dari segi kewangan, program ini turut meningkatkan keyakinan diri peserta serta membuka ruang jaringan antara usahawan wanita. Perkongsian pengalaman dan ilmu dalam kalangan mereka secara tidak langsung mewujudkan komuniti yang lebih kukuh dan saling menyokong.

Turut hadir, isteri kepada Ketua Menteri, Puan Tan Lean Kee; Datuk Bandar MBSP, Dato’ Baderul Amin Abdul Hamid; Pengerusi Puspanita MBSP, Noraishah Hashim; Ketua Pegawai Elsekutif Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC), Dato’ Ong Bee Leng; Ahli-ahli Majlis MBSP dan Ahli-ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah PWDC.

image 1

Siew Khim yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah PWDC berkata, sasaran awal program tersebut ditetapkan sebanyak RM100,000, namun hasil sokongan padu pelbagai pihak, jumlah kutipan berjaya melepasi sasaran dengan nilai keseluruhan RM144,274.50

“Seramai 347 penaja dan pembeli telah terlibat, sekali gus memberi manfaat kepada 127 ibu tunggal.

“Secara purata, setiap peserta memperoleh pendapatan sekitar RM1,136, malah terdapat seorang ibu tunggal yang berjaya meraih sehingga RM9,600 dalam tempoh lebih sebulan,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang.

image 6

Siew Khim turut menegaskan bahawa kejayaan tersebut bukan diukur melalui jumlah sumbangan semata-mata, sebaliknya keikhlasan dan semangat kebersamaan yang dizahirkan oleh semua pihak menjadi kekuatan utama program berkaitan.

“#BizIbuTunggal bukan sekadar platform jualan, tetapi satu inisiatif pemerkasaan yang membuka peluang kepada ibu-ibu tunggal untuk berdikari dan terus berusaha mencapai kejayaan,” ujarnya.

image 8

Pada majlis tersebut, seramai 16 orang wanita yang mencapai kejayaan membanggakan menerima pengiktirafan atas sumbangan mereka terhadap pembangunan sosial negeri Pulau Pinang.

Sementara itu, Bee Leng ketika ditemui menjelaskan bahawa pelaksanaan Projek #BizIbuTunggal melalui inisiatif Projek Kuih Raya bukan sahaja memberi bantuan secara sekali gus, malah berjaya mewujudkan sumber pendapatan mampan kepada golongan sasaran.

image 9

Menurut beliau, pendekatan projek tersebut menekankan pembangunan jangka panjang dengan memberi peluang kepada golongan wanita, khususnya ibu tunggal untuk menjana pendapatan serta membina keupayaan perniagaan.

Katanya, pelaksanaan projek melibatkan Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK) di setiap KADUN yang berperanan mengenal pasti penaja serta memilih ibu tunggal sebagai pengusaha produk.

“Penaja akan menyumbang dana, sama ada dalam jumlah besar atau kecil dan dana tersebut digunakan untuk membeli bahan daripada ibu tunggal yang menghasilkan produk seperti kuih raya, hamper dan kraf kreatif.

“Produk ini kemudiannya diagihkan kepada kumpulan rentan termasuk orang kurang upaya (OKU), warga emas dan anak yatim,” katanya.

Beliau turut menegaskan kepentingan elemen pementoran dalam program tersebut bagi meningkatkan kapasiti perniagaan peserta serta membuka peluang kepada pelaburan dan pendanaan untuk pengembangan pada masa hadapan.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments