BATU UBAN – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang menyasarkan kira-kira satu tan sisa buangan elektronik melalui Kempen Pengumpulan Barangan Elektrik & Elektronik bersama Universiti Sains Malaysia (USM) yang diadakan selama dua hari.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang menyasarkan pengumpulan kira-kira satu tan sisa e-waste menerusi Kempen Pengumpulan Barangan Elektrik dan Elektronik yang dianjurkan bersama Universiti Sains Malaysia (USM). Setakat pelaksanaan kempen tersebut, jumlah kutipan telah mencapai sasaran yang ditetapkan.
Menurut pihak JAS, sisa elektronik tidak boleh dilupuskan sewenang-wenangnya seperti sampah biasa kerana ia mengandungi bahan bernilai serta berpotensi mencemarkan alam jika tidak diurus dengan betul. Justeru, hanya pihak atau syarikat yang mempunyai lesen sahaja dibenarkan mengendalikan pengumpulan sisa tersebut.

Selain itu, kemudahan pelupusan khas bagi e-waste tidak boleh disediakan secara meluas seperti tong sampah biasa kerana faktor keselamatan dan kawalan. Ini bagi mengelakkan risiko kecurian bahan berharga serta pengendalian yang tidak selamat.
Sehubungan itu, pelbagai kempen dan program kesedaran terus digerakkan bagi mendidik masyarakat tentang kepentingan melupuskan sisa elektronik melalui saluran yang betul. Orang ramai juga digalakkan menggunakan platform pengumpulan rasmi yang disediakan, khususnya bagi barangan seperti telefon bimbit, komputer riba, televisyen dan peralatan elektrik rumah.
Secara keseluruhannya, kesedaran dan kerjasama masyarakat amat penting dalam memastikan pengurusan sisa e-waste dilakukan secara selamat, teratur dan mesra alam demi kesejahteraan bersama.


Pada kempen dua hari itu, pihaknya menyasarkan barangan seperti laptop, telefon bimbin, televisyen, penghawa dingin, mesin basuh dan peti sejuk.
Setiap pelupusan berpeluang menebus wang tunai sebgai ganjaran.

