Tuesday, April 21, 2026
UtamaBeritaLebih 500 Asnaf Terima Agihan Zakat SempenaRamadan

Lebih 500 Asnaf Terima Agihan Zakat SempenaRamadan


PULAU BETONG
 – Lebih 500 penerima asnaf di sekitar Parlimen Balik Pulau menerima bantuan zakat bernilai RM200 setiap seorang sempena Ramadan menerusi program agihan bantuan yang dianjurkan bagi membantu meringankan beban golongan memerlukan.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Dato’ Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata, jumlah kutipan zakat bagi Parlimen Balik Pulau pada tahun ini mencecah RM84,000, termasuk sumbangan daripada beliau sendiri bagi memastikan lebih ramai golongan memerlukan dapat dibantu.

“Program ini merupakan inisiatif tahunan yang dilaksanakan bagi membantu golongan asnaf, khususnya dalam menghadapi bulan Ramadan.

“Justeru, kita berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban mereka, sama ada untuk menampung kos ubat-ubatan atau keperluan harian lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Serahan Zakat di sini pada 13 Mac 2026.

Turut hadir ialah Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz; Ketua Penolong Pegawai Daerah Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah (PDTDBD), Rosli Hassan; Penghulu Kanan PDTDBD, Mohd. Farouk Varusai; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Perlis, Fazil Akashah; Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Simpang Empat, Idzham Ahmad; serta Pengerusi Kariah Masjid Kampung Perlis, Tarmizi Ahmad.

image 108
Lebih 500 Asnaf Terima Agihan Zakat SempenaRamadan 6

Bantuan yang disalurkan bernilai RM200 bagi setiap penerima, merangkumi bakul makanan bernilai RM100 yang disumbangkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) serta tambahan RM100 dalam bentuk wang tunai daripada pihak penganjur. 

Ahli Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik memaklumkan bahawa jumlah kutipan zakat di kawasan tersebut pada tahun ini mencecah RM84,000, termasuk sumbangan daripada beliau sendiri bagi memastikan lebih ramai golongan memerlukan dapat dibantu. 

Menurut beliau, program berkenaan merupakan inisiatif tahunan yang bertujuan membantu golongan asnaf terutama ketika Ramadan, selain memberi sokongan kepada mereka dalam menampung keperluan harian dan kos perubatan. 

Mengulas lanjut, Muhammad Bakhtiar turut memaklumkan bahawa pengagihan bantuan tersebut melibatkan keseluruhan kawasan Parlimen Balik Pulau dengan kerjasama 27 MPKK yang berperanan mengenal pasti penerima yang layak.

“Peranan MPKK amat penting kerana mereka berada pada peringkat akar umbi dan lebih mengetahui keadaan sebenar masyarakat setempat.

“Sebab itu, kita turut memberikan sedikit token dan duit raya kepada pengerusi MPKK sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka membantu mengenal pasti golongan yang memerlukan,” tambahnya.

image 109
Lebih 500 Asnaf Terima Agihan Zakat SempenaRamadan 7
image 110
Lebih 500 Asnaf Terima Agihan Zakat SempenaRamadan 8
image 111
Lebih 500 Asnaf Terima Agihan Zakat SempenaRamadan 9
image 112
Lebih 500 Asnaf Terima Agihan Zakat SempenaRamadan 10


Dalam pada itu, Muhammad Bakhtiar turut menegaskan bahawa bantuan yang disalurkan bersifat tambahan kepada bantuan zakat yang turut diberikan oleh agensi lain seperti Zakat Pulau Pinang (ZPP).

“Pendekatan kebajikan yang dilaksanakan adalah bersifat inklusif dan tidak terhad kepada satu kaum atau agama sahaja.

“Sebagai contoh, sempena sambutan Tahun Baharu Cina sebelum ini, pihak saya turut menyalurkan bantuan kepada masyarakat Tionghoa yang kurang berkemampuan.

“Ketika ini kita memberi tumpuan kepada umat Islam sempena Ramadan, namun sebelum ini ketika Tahun Baharu Cina kita juga membantu masyarakat Tionghoa yang memerlukan,” jelasnya sambil menyatakan bantuan disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan tanpa mengira latar belakang.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments