Monday, March 9, 2026
UtamaBeritaAhli Parlimen Bukit Bendera serah mesin fisioterapi kepada HPP, KK Air Itam

Ahli Parlimen Bukit Bendera serah mesin fisioterapi kepada HPP, KK Air Itam

PULAU TIKUS – Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid menyumbangkan dua unit mesin fisioterapi kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dengan nilai keseluruhan RM160,000.

Dua mesin fisioterapi tersebut akan ditempatkan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan Klinik Kesihatan (KK) Air Itam bagi meningkatkan perkhidmatan rawatan serta pemulihan pesakit.

“Mesin fisioterapi ini memainkan peranan penting dalam membantu mengurangkan kesakitan kronik, sekali gus mempercepat proses pemulihan serta mengurangkan kebergantungan jangka panjang terhadap ubat penahan sakit.

“Berdasarkan maklum balas pesakit yang telah menggunakan mesin ini, kesannya amat memberangsangkan.

“Ramai pesakit melaporkan pengurangan kesakitan, pergerakan yang lebih baik dan yang paling penting, mereka dapat kembali menjalani kehidupan harian tanpa bergantung sepenuhnya kepada orang lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Mesin Fisioterapi Piezowave 2 di sini, tengah hari semalam.

Turut hadir ialah Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Joshua Woo Sze Zeng serta Pengarah HPP, Dr. Goh Hin Kwang.

Dalam perkembangan berkaitan, Zi Sen memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri menyambut baik hasrat Kerajaan Persekutuan untuk mewujudkan dasar penyumberan luar institusi kesihatan melalui skim insurans demi keselesaan rakyat.

Menurutnya, melalui pendekatan penyumberan luar, pesakit di hospital kerajaan berpeluang menjalani proses rawatan dan pemulihan di kemudahan swasta.

“Langkah ini mampu menjadikan sektor kesihatan lebih stabil, selesa dan efisien, khususnya kepada pesakit dalam kalangan golongan B40.

“Difahamkan, Kerajaan Persekutuan memperuntuk sebanyak RM140 juta bagi pelaksanaan inisiatif penyumberan luar ini,” katanya.

Teks & Gambar : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Sumber:Buletin mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments