Saturday, December 6, 2025
UtamaBeritaPBAPP serah Zakat perniagaan RM100,000.00 kepada MAINPP

PBAPP serah Zakat perniagaan RM100,000.00 kepada MAINPP

GEORGE TOWN, 2 Oktober – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menyerahkan kutipan Zakat perniagaan bernilai RM100,000.00 kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), sebagai sebahagian tanggungjawab sosial syarikat berkenaan dalam memenuhi Rukun Islam kelima.

Menurut Yang Dipertua MAINPP Dato Mohamad Abdul Hamid, ia pembayaran kali pertama PBAPP dan diharap mampu membantu pembangunan sosial ekonomi masyarakat melalui pelbagai aktiviti yang bakal diadakan nanti.

“Saya ucapkan terima kasihlah kepada PBA yang membayar zakat buat pertama kalinya dalam sejarah di negeri Pulau Pinang ini.Mudah-mudahan dengan pembayaran ini akan menyokong aktiviti-aktiviti pembangunan sosial ekonomi masyarakat di negeri ini kelak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. Kepada Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang di Seberang Jaya.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP Dato’ Ir. K.Pathmanathan.

Dalam pada itu, Dato Mohamad menjelaskan, PBAPP layak memohon untuk dimasukkan dalam entiti sistem Wakalah dan berupaya mendapatkan pulangan RM50,000.00 ribu yang boleh diagihkan sendiri oleh syarikat terbabit kepada golongan yang memerlukan.

Sumber : Berita RTM

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments