Wednesday, December 17, 2025
UtamaBeritaKepimpinan wanita ASEAN dalam sukan perlu diperkasakan – Hannah Yeoh

Kepimpinan wanita ASEAN dalam sukan perlu diperkasakan – Hannah Yeoh

GEORGE TOWN – Golongan wanita di rantau ASEAN perlu diberikan lebih banyak ruang dan peluang dalam bidang sukan, khususnya melibatkan aspek kepimpinan dan kejurulatihan,” kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Menurut beliau, statistik semasa menunjukkan penglibatan wanita dalam kejurulatihan sukan masih berada pada tahap membimbangkan, iaitu kurang daripada 20 peratus daripada jumlah keseluruhan jurulatih bertauliah di rantau ini.

Selain itu, jelas beliau, sasaran minimum 30 peratus penglibatan wanita dalam jawatankuasa kepimpinan badan sukan kebangsaan juga masih belum tercapai di kebanyakan negara ASEAN.

“Malaysia sudah mula mengambil langkah proaktif untuk memperkukuh peranan wanita dalam bidang sukan dengan menyediakan kemudahan yang selamat serta akses kepada fasiliti dan peruntukan yang mencukupi untuk pembangunan sukan wanita.

image 126
Hannah Yeoh.

“Usaha menangani halangan penyertaan wanita turut diberi perhatian termasuk isu gangguan seksual dan kekangan penjagaan anak.

“Antara inisiatif yang diperkenalkan ialah penubuhan pusat jagaan kanak-kanak (taska) di KL Sports City bagi menyokong penglibatan ibu dalam aktiviti sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan ASEAN Mengenai Kesaksamaan Gender Dalam Sukan 2025 yang berlangsung selama tiga hari di sebuah hotel di sini, semalam.

Persidangan ini menghimpunkan pemimpin sukan, penggubal dasar dan aktivis sukan wanita dari seluruh ASEAN bagi merangka pendekatan bersama memperkasakan wanita dalam ekosistem sukan serantau.

Hadir sama, Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang, Gooi Tzi Sen.

Mengulas lanjut, Hannah menekankan bahawa setiap negara perlu mempunyai pelan tindakan nasional yang merangkumi strategi komunikasi berkesan untuk menonjolkan sumbangan wanita dalam sukan, selain menangani isu keselamatan serta kesihatan mental atlet wanita.

“Malaysia telah meletakkan asas melalui pelaksanaan Kod Sukan Selamat 2023, yang memberi penekanan kepada maruah, rasa hormat dan perlindungan daripada sebarang bentuk gangguan atau penderaan dalam arena sukan.

“Kita juga berpandukan kepada kerangka jangka panjang iaitu Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030)yang menggariskan matlamat untuk membangunkan ekosistem sukan yang lebih kompetitif, inklusif, selamat dan progresif,” jelasnya.

Malaysia kini mempunyai seramai 3,027 jurulatih wanita berlesen, namun hanya 602 daripadanya yang masih aktif. – MalaysiaGazette

Sumber : Malaysia Gazette

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments