Tuesday, February 10, 2026
UtamaBeritaLebih 2,700 kanak-kanak Gaza kekurangan zat makanan serius akibat sekatan Israel -...

Lebih 2,700 kanak-kanak Gaza kekurangan zat makanan serius akibat sekatan Israel – UNRWA

ISTANBUL: Lebih 2,700 kanak-kanak Palestin dikesan mempunyai masalah kekurangan zat makanan yang serius di Gaza dalam keadaan sekatan menyeluruh oleh Israel ke atas wilayah itu, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik Agensi Kerja dan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA).

“Krisis ini mencapai tahap yang belum pernah berlaku sebelum ini apabila penduduk Gaza terus kelaparan.

“Lebih 2,700 kanak-kanak di bawah usia lima tahun dikesan mengalami kekurangan zat makanan serius pada akhir Mei lalu,” menurut UNRWA dalam satu kenyataan semalam.

Agensi PBB itu turut memaklumkan, hanya satu pusat perubatan masih beroperasi sebahagiannya di utara Gaza akibat kekurangan bekalan bahan api yang serius.

“Akses kemanusiaan mesti dipulihkan dengan segera,” kata UNRWA.

Menolak gesaan antarabangsa untuk gencatan senjata, tentera Israel terus melancarkan serangan ganas ke atas Gaza sejak Oktober 2023, yang meragut hampir 55,000 nyawa rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Sejak awal Mac, Israel menutup semua lintasan sempadan Gaza kepada bantuan kemanusiaan, menyebabkan agensi bantuan memberi amaran tentang risiko kebuluran terhadap 2.4 juta penduduk Gaza.

November lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga sedang berdepan perbicaraan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung serangan yang dilancarkannya ke atas wilayah itu. – BERNAMA-ANADOLU

Sumber : Berita Harian

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments