Tuesday, May 26, 2026
UtamaBeritaKegiatan seleweng minyak masak bersubsidi tumpas

Kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi tumpas

BUTTERWORTH, 10 Jun – Kegiatan menyeleweng minyak masak peket oleh pemborong menggunakan khidmat kurier berjaya dibongkar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang dalam serbuan di sebuah gudang tidak berlesen di Sungai Puyu, hari ini.

Pengarah KPDN Pulau Pinang, S.Jegan berkata, dalam serbuan itu 14,280 peket minyak masak bersubsidi dirampas.

Beliau berkata, minyak masak itu dipercayai dihantar ke gudang kurier berlesen terlebih dahulu, sebelum dipos kepada ejen untuk diedarkan di Perlis.

Menurutnya, kegiatan itu dipercayai aktif sejak tiga bulan lalu dengan penghantaran dilakukan dua kali sebulan.

“Kita dapati modus operandi kes ini adalah terbaharu dimana syarikat pemborong ambil minyak daripada kilang dan terus hantar kepada gudang kurier untuk disimpan selama dua hingga tiga hari sebelum di pos ke Perlis.

“Seorang lelaki tempatan turut ditahan ditempat kejadian kerana gagal kemukakan lesen, permit atau dokumen sah untuk jalankan urus niaga penyimpanan atau penggunaan berjadual seperti ditetapkan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata, turut disita sebuah lori kargo milik syarikat pemborong berkenaan dan beberapa dokumen penting bagi membantu siasatan.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM204,500 dan kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sumber : Berita RTM

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments