Tuesday, February 10, 2026
UtamaBeritaWartawan main peranan tapis, semak dan imbang maklumat - KM Pulau Pinang

Wartawan main peranan tapis, semak dan imbang maklumat – KM Pulau Pinang

SEBERANG JAYA, 2 Jun – Kemajuan teknologi seharusnya dilihat sebagai satu peluang untuk memperkukuh peranan wartawan, bukannya cabaran yang melemahkan industri kewartawanan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, teknologi yang semakin canggih membawa perubahan besar dalam dunia media.

Oleh itu katanya, wartawan memainkan peranan penting untuk menapis, menyemak dan memastikan maklumat yang disampaikan tepat dan sahih.

“Kemajuan teknologi yang membawa perubahan besar kepada dunia kewartawanan seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya.

“Ia bukan sahaja membantu wartawan menjalankan tugas dengan lebih berkesan, malah membuka ruang baharu dalam cara kita menyampaikan maklumat,” katanya ketika berucap pada Majlis Kilauan Mutiara dan Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 Peringkat Negeri Pulau Pinang di sini malam tadi.

Majlis berkenaan turut disertai hampir keseluruhan wartawan pelbagai agensi media yang bertugas di negeri tersebut.

Sementara itu, Presiden Kelab Media Mutiara Pulau Pinang, Mohd Iskandar Othman berkata, penganjuran program seumpama ini penting bagi mengukuhkan hubungan sesama pengamal media dan memperkasakan profesion kewartawanan di era digital.

“Semoga majlis seperti ini dapat mengeratkan hubungan, memartabatkan profesion kewartawanan dan menjadi pemangkin kepada media yang terus dipercayai masyarakat pada zaman perkembangan serba canggih ini,” ujarnya.

Sumber : Berita RTM

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments