Wednesday, January 14, 2026
UtamaBeritaKejohanan Badminton Petron GOTY Pulau Pinang dapat sambutan hangat

Kejohanan Badminton Petron GOTY Pulau Pinang dapat sambutan hangat

Georgetown: Edisi pertama Kejohanan Badminton Petron Game of The Year (GOTY) 2025: Fuel Strike peringkat negeri Pulau Pinang mendapat sambutan hangat dengan penyertaan seramai 130 peserta membabitkan 65 beregu.

Diperkenalkan sebagai salah satu inisiatif sukan dalaman oleh Petron Malaysia, kejohanan ini bertujuan memperkukuh semangat kesukanan, mengeratkan hubungan antara pengusaha stesen dan kakitangan operasi, serta memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja.

Pulau Pinang dipilih sebagai lokasi pembukaan edisi sulung ini sebelum diteruskan ke negeri-negeri lain.

Berlangsung di Sunway Sports Centre, Ahad lalu, Petron Jln Kelawei (FI) muncul juara keseluruhan edisi sulung menewaskan Petron Chain Ferry (FI) 21-14 di pentas akhir.

Petron Jln Kelawei (FI) mara ke peringkat akhir keseluruhan selepas mengungguli peringkat Wilayah ‘Penang Better Together’ hasil kejayaan menumbangkan Petron Jln Jelutong, manakala tempat ketiga milik Petron Ayer Itam-Pulau Pinang dan keempat Petron Sg Bakap Layby SB.

Bagi peringkat Province Wellesley, Petron Chain Ferry (FI) mengetepikan cabaran Petron Taman Pauh Jaya (Perai), manakala Petron Jalan Tenggiri (FI) dan Petron BKE masing-masing di tempat ketiga dan keempat.

Dianjurkan dengan kerjasama pengusaha stesen Petron Pulau Pinang dan Petron Malaysia, kejohanan itu menyaksikan pertarungan di antara 47 buah stesen.

“Saya berharap lebih banyak inisiatif seperti ini dapat dijalankan. Dalam kesibukan bekerja, dengan adanya kejohanan seperti ini, ia dapat menggalakkan kami melakukan aktiviti bersukan,” kata salah seorang peserta kejohanan, Mohd Asry Salleh.

Sumber : Harian Metro

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments