Sunday, May 17, 2026
UtamaBeritaPM, Ejen Ali, ucap Selamat Hari Guru

PM, Ejen Ali, ucap Selamat Hari Guru

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersiaran bersama animasi Ejen Ali hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Anwar berkata, seperti ejen-ejen terhebat, guru-guru sentiasa berjuang di medan ilmu untuk memastikan misi pendidikan tercapai.

Katanya, semangat guru yang tinggi menjulang adalah menjadi tunjang utama negara ini.

“Saya bersama wira muda kita, Ejen Ali dan rakan-rakannya, ingin merakam ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh warga pendidik kita.

“Teruskanlah, misi menyemai ilmu dengan tulus dan tekad, kami semua menjadi saksi betapa besarnya jasa guru,” katanya.

Tambah Anwar, setiap guru adalah seorang satria yang sabar membentuk akhlak.

“Satria yang teguh mempertahankan nilai. Tugas kita belum selesai, kerana penat lelah membentuk sahsiah seorang insan tidak berakhir dengan tamatnya sesi persekolahan.

“Ia adalah amanah yang berterusan, dari satu generasi ke generasi seterusnya, demi meneruskan pembinaan masyarakat,” katanya.

Anwar turut menekankan bahawa dalam kehidupan ini sama ada pemimpin, doktor, jurutera, petani, malah Perdana Menteri sekali pun, semuanya pernah belajar menulis, membaca dan mengira.

“Segalanya bermula dalam bilik darjah.

Guru ialah insan mulia yang tidak pernah meminta untuk dipuja, tetapi setiap hari mereka menghembus kesabaran dalam mengukir masa depan anak bangsa dengan penuh kasih sayang.

Sumber : Berita Harian

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments