Tuesday, February 10, 2026
UtamaBeritaProjek LRT Pulau Pinang berada di landasan betul - MRT Corp

Projek LRT Pulau Pinang berada di landasan betul – MRT Corp

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) memberi jaminan bahawa projek Transit Aliran Ringan (LRT) Mutiara Line di Pulau Pinang berada di landasan yang betul.

MRT Corp menjelaskan bahawa kelulusan untuk kerja-kerja awal, seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 20A Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, hanya diperoleh pada 15 April lalu.

“Sepanjang tiga bulan yang lepas, MRT Corp telah giat menggerakkan projek ini ke hadapan,” katanya sebagai maklum balas kepada Malaysiakini berhubung laporan sebelum ini mengenai tindakan MCA yang mempersoalkan kemajuan projek tersebut.

MRT Corp turut memaklumkan bahawa proses pengambilan tanah sedang berjalan dengan kemajuan terkini dicapai lebih awal daripada sasaran asal pada Oktober tahun ini.

Kontraktor awam yang dilantik untuk pakej pertama projek ini, SRS Consortium Sdn Bhd (SRS), kini sedang berusaha memenuhi syarat-syarat dalam kontraknya, tambah MRT Corp.

Ini termasuk memuktamadkan reka bentuk dan lukisan pembinaan serta kerja-kerja pemindahan utiliti, katanya lagi.

Pada Ahad, Naib Presiden MCA, Tan Teik Cheng menyuarakan kebimbangan kerana projek ini masih menunggu notis rasmi untuk dimulakan, walaupun pelancaran rasmi secara besar-besaran telah diadakan pada Januari lalu.

Dia meluahkan rasa kecewa terhadap projek tersebut kerana ia digambarkan sebagai inisiatif utama kerajaan perpaduan, namun tiada kemajuan fizikal yang kelihatan.

Tan berpendapat perkara ini telah menjejaskan kredibiliti kerajaan.

Menurut Buletin Mutiara, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengesahkan dalam sidang media pada 19 April bahawa projek LRT Mutiara Line Pulau Pinang tidak boleh dimulakan selagi MRT Corp belum mengeluarkan notis yang diperlukan.

Sumber : MalaysiaKini

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments