BUKIT BENDERA – Setelah lebih 100 tahun akhirnya Masjid Bukit Bendera boleh didirakan solat Jumaat, sesuatu yang telah lama diidamkan oleh anak kariah masjid tersebut.

Menurut Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dato Dr Muhamad Abd Hamid, ‘Ini merupakan sejarah baharu perkembangan syiar Islam di Pulau Pinang.’
Keputusan yang telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan diputuskan Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Pulau Pinang, bakal memberi makna baharu khususnya kepada sektor pelancongan di Bukit Bendera, ujar beliau.
Semoga dengan pengumuman ini memberi kemudahan kepada pengunjung Muslim pada hari Jumaat secara khusunya, tambahnya lagi.



