Wednesday, December 17, 2025
UtamaBeritaPulau Pinang tingkat penguatkuasaan aktiviti ceroboh loji gas asli

Pulau Pinang tingkat penguatkuasaan aktiviti ceroboh loji gas asli

NIBONG TEBAL: Pulau Pinang akan meningkatkan penguatkuasaan dan mengambil tindakan segera terhadap sebarang aktiviti pencerobohan di kawasan loji jana kuasa asli negeri itu.


Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata hal ini kerana pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap perbuatan yang boleh mengancam keselamatan orang ramai seperti insiden kebakaran saluran gas Putra Heights di Subang Jaya, Selangor, Selasa lepas.

Beliau berkata dua tahun lepas Pulau Pinang pernah berhadapan dengan situasi pencerobohan berdekatan loji jana kuasa gas asli di Perai apabila ada pihak yang mengambil kesempatan membina rumah ibadat di kawasan berkenaan.

“Memang dua tahun dahulu kita (Kerajaan Pulau Pinang) pernah menguruskan satu kes pencerobohan dan pembinaan tempat ibadat di atas saluran paip Petronas.

“Kita ambil tindakan penguatkuasaan yang begitu tegas sebab ini isu keselamatan yang tidak ada tolak ansur seperti yang dibuktikan dengan insiden di Putra Heights yang membawa impak begitu besar.

“Sehubungan itu, saya harap penguatkuasaan terhadap sebarang pencerobohan perlu dipertingkatkan lagi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri Jawi di Gelanggang Sepak Takraw Bagan Buaya Changkat di sini semalam.

Pada masa ini terdapat dua loji jana kuasa gas asli di Pulau Pinang iaitu di Perai dan Gelugor.

— BERNAMA

Sumber : AstroAwani

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments