Tuesday, February 10, 2026
UtamaBerita‘Penang International Financial Centre’, umum minggu depan

‘Penang International Financial Centre’, umum minggu depan

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menyatakan bahawa beliau bakal mengumumkan rancangan untuk menjadikan negeri ini sebagai ‘Penang International Financial Centre’ pada minggu hadapan.

Menurutnya, sepucuk surat juga telah dihantar kepada YAB Perdana Menteri berhubung hal tersebut.

“Dalam merealisasikannya, Kerajaan Negeri akan menjemput sektor swasta untuk membantu kita memperoleh segala kelulusan bagi bersama-sama menjadikan Pulau Pinang sebagai hab kewangan yang baharu selain hab silikon serta pelancongan di Asia Tenggara kini.

“Inisiatif ini bukanlah untuk bersaing dengan hab-hab lain di Malaysia, tetapi sebagai pelengkap pusat kewangan di bahagian utara Malaysia.

“(Dan) negeri Pulau Pinang sememangnya mempunyai kriteria serta sumber terbaik untuk merealisasikan impian ini,” ujarnya pada Majlis Berbuka Puasa Anjuran Saudagar-Saudagar Permata dan Penutian Wang Muslim Pulau Pinang (MJMC) di sini pada 12 March 2025.

image 35

Hadir sama, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kota, Wong Yuee Harng; ADUN Komtar, Teh Lai Heng; Presiden MJMC, Dato’ Dr. Anvar Hussain Rahumathullah; Presiden Liga Muslim Pulau Pinang, Dato’ Seri Haja Najmudeen Kader dan dif-dif jemputan yang lain.

Mengulas lanjut, Kon Yeow yang juga ADUN Padang Kota mengajak semua pihak supaya mengukuhkan iltizam membangunkan negeri Pulau Pinang berserta pembangunan sosial.

“Kita juga harus memberi perhatian sama kepada pembangunan sosial, kemasyarakatan dan keluarga selari dengan Visi Penang2030 bagi menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang hijau dan pintar, mementingkan keluarga dan menjadi inspirasi negara.

“Sama-sama kita menjadikan visi ini satu kenyataan, jadi dalam akhir tempoh saya (sebagai Ketua Menteri), saya akan terus bergerak ke hadapan untuk menumpukan perhatian kepada kerja-kerja yang ada, serta menjayakan apa yang telah kita mulakan dengan kerjasama daripada Kerajaan Persekutuan, agensi negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT), sektor swasta serta rakyat jelata Pulau Pinang,” ujarnya.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD

Sumber : Buletin Mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments