Sunday, May 31, 2026
UtamaBeritaKuala Lumpur, Pulau Pinang bekerjasama perkukuh industri pelancongan

Kuala Lumpur, Pulau Pinang bekerjasama perkukuh industri pelancongan

KUALA LUMPUR, 6 Januari- Kuala Lumpur dan Pulau Pinang bekerjasama memperkukuh industri pelancongan melalui pelbagai inisiatif menarik.

Usaha itu merupakan antara langkah penting Malaysia bersempena dengan Kepengerusian ASEAN 2025 sebagai destinasi utama pelancong.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai yakin penerbangan terus pertama dari Pulau Pinang ke seluruh rangkaian Asia Tenggara akan memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi negara, khususnya dalam sektor pelancongan.

“Memperkenalkan pasaran baharu di samping memperkukuh pasaran sedia ada, sebagai Pengerusi ASEAN 2025, kita akan memperluaskan rangkaian ASEAN bukan sahaja di peringkat Asia Tenggara tetapi juga membuka pasaran baharu di China, India, dan Asia Barat.

“Langkah ini bertujuan untuk mempelbagaikan kedatangan pelancong dari pelbagai negara ke seluruh rantau ini,” katanya sempena dengan pelancaran Not The Penang You Know di sini.

Selain itu, pelancaran kempen Not The Penang You Know turut dimeriahkan dengan 18 reruai promosi pelancongan serta cabutan bertuah kepada peserta.

Sumber : Berita RTM

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments