Monday, March 9, 2026
UtamaBeritaI-Sejahtera: P.Pinang peruntuk lebih RM54 juta

I-Sejahtera: P.Pinang peruntuk lebih RM54 juta

GEORGETOWN, 5 Januari-Sebanyak RM54.8 juta telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi pemberian i-Sejahtera sebagai komitmen dalam menjaga kebajikan warga emas pada tahun lepas.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, peruntukan itu melibatkan 284,000 warga emas yang telah berdaftar daripada 1.8 juta penduduk Pulau Pinang.

“Iaitu sehingga tahun lepas RM54.8 juta telah disampaikan kepada 284,000 yang warga emas yang ada mendaftar maksud dari populasi 1.8 juta”, katanya demikian selepas Majlis Red Packet Giveaway And Cheque Presentation di sini.

Dalam majlis tersebut, sebanyak 13 pertubuhan kebajikan menerima sumbangan RM15,000 setiap satu yang melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM195,000

Manakala seramai 2,000 warga emas turut menerima sumbangan berbentuk angpau sempena sambutan Tahun Baharu Cina daripada Ketua Menteri.

Sumber : Berita RTM

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments