Tuesday, February 10, 2026
UtamaBeritaTalk to Us Perkukuh Kolaborasi PDRM dan Masyarakat

Talk to Us Perkukuh Kolaborasi PDRM dan Masyarakat

BATU KAWAN – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan, pada Ahad menganjurkan program Talks to Us di Design Village dengan matlamat memperkukuh hubungan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat setempat.

Program ini turut melibatkan kerjasama strategik dengan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Pulau Pinang (MCPF), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang mengadakan pameran kesedaran bahaya dadah dan Lions Club of Penang Millenium yang menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada para pengunjung.

image 140
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan melakukan saringan kesihatan.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Chong Boo Khim yang menekankan pentingnya hubungan strategik antara polis dan masyarakat dalam membanteras jenayah.

“Kami mengalu-alukan sokongan orang awam sebagai perantara dalam menyalurkan maklumat penting.

“Kolaborasi antara PDRM dan masyarakat mampu membentuk komuniti yang lebih harmoni dan selamat untuk didiami,” katanya.

image 141
Antara tetamu yang hadir

SUMBER : Malaysia Aktif

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments