Tuesday, February 10, 2026
UtamaBeritaKarnival Usahawan Pupuk Minat Berniaga Generasi Muda

Karnival Usahawan Pupuk Minat Berniaga Generasi Muda

NIBONG TEBAL – Karnival Usahawan 2024 anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bersama Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa, berlangsung meriah pada Ahad di perkarangan sekolah tersebut.

Menurut Guru Besar Siti Nor Salleh, karnival ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat umur.

“Pengunjung dapat menikmati pameran jabatan kerajaan, NGO (pertubuhan bukan kerajaan), pelbagai gerai jualan makanan dan minuman, permainan soopa doopa untuk kanak-kanak serta rumah hantu yang mendapat sambutan hangat,” katanya.

image 142
Pameran jabatan dan agensi kerajaan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Sunny Home Sdn. Bhd. dan semua pihak yang membantu dalam menjayakan karnival ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengarah Urusan Sunny Home Sdn. Bhd. Ir. Ts. Yeoh Pheng Seah yang turut memuji usaha pihak sekolah memupuk minat pelajar terhadap keusahawanan.

“Saya optimis bahawa pendedahan awal seperti ini mampu melahirkan generasi usahawan muda yang berjaya pada masa depan,” katanya.

Sumber : Malaysia Aktif

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments