Tuesday, February 10, 2026
UtamaBeritaWan Rohaimi dilantik ketua jurulatih Penang FC

Wan Rohaimi dilantik ketua jurulatih Penang FC

KUALA LUMPUR – Penang FC mengumumkan pelantikan Wan Rohaimi Wan Ismail sebagai ketua jurulatih skuad senior dalam saingan Liga Super.


Berita itu diumumkan di laman sosial Harimau Kumbang yang mana pengendali berusia 48 tahun itu sebagai pengganti kepada Akmal Rizal Ahmad Rakhli.


“Wan Rohaimi Wan Ismail kini dilantik sebagai ketua jurulatih baru pasukan Liga Super Penang FC.


“Beliau membawa pengalaman luas dalam arena bola sepak Malaysia, baik sebagai pemain mahupun jurulatih.


“Pernah beraksi sebagai pemain profesional lebih 15 tahun, Wan Rohaimi turut mewakili negara dalam kejohanan besar seperti Sukan SEA dan Kelayakan Piala Dunia, dengan lebih 40 penampilan kebangsaan.


“Pada tahun 2003, beliau turut memenangi Piala Sumbangsih bersama pasukan Pulau Pinang,” kata kelab itu menerusi kenyataan, semalam. – MalaysiaGazette

SUMBER : MALAYSIA GAZETTE

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments