Tuesday, February 10, 2026
UtamaBeritaMajlis Tilawah, Hafazan Al-Quran Semarak Syiar Islam di Bumi Pulau Mutiara

Majlis Tilawah, Hafazan Al-Quran Semarak Syiar Islam di Bumi Pulau Mutiara

SEBERANG PERAI, 15 Nov (Malaysiaaktif) – Pulau Pinang sekali lagi menyemarakkan syiar Islam melalui penganjuran Majlis Tilawah, Hafazan Al-Quran dan Nasyid Peringkat Negeri Tahun 2024, yang berlangsung penuh gilang-gemilang di Dewan Besar Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Permatang Pauh.

Dengan membawa tema ‘Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI’, program tradisi tahunan ini menjadi antara platform penting dalam memperkukuh penghayatan Islam di bumi Pulau Mutiara.

Sebanyak lapan peserta tilawah, 22 peserta hafazan dan enam kumpulan nasyid mengambil bahagian dalam edisi kali ini dengan kehadiran lebih 1,200 pengunjung yang memeriahkan acara.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang yang juga Pengerusi Jemaah Hakim Ustaz Mohd Arif Abdul Samat, peserta tilawah menunjukkan penguasaan bacaan yang luar biasa.

“Mereka bukan sahaja menguasai sekurang-kurangnya tiga tabaqat (tingkat) suara, malah berjaya memenuhi syarat dua taranum wajib secara berturut-turut dengan cemerlang,” katanya ketika memberi ulasan rumusan, semalam.

Kejayaan menjadi milik Muhammad Umar Syazuli Mohd Tahir, yang dinobatkan sebagai johan qari, sementara Nurshahira Fatini Mohd Shaharuddin dinobatkan sebagai johan qariah.

Kedua-dua mereka membawa pulang piala pusingan, plak, hadiah iringan serta wang tunai sebagai penghargaan.

Majlis penutupan rasmi disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak,

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Dr. Mohammad Abdul Hamid serta Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Hj. Zulkifli Long.

-ZS-

Sumber : Malaysia Aktif

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments