Thursday, January 15, 2026
UtamaBeritaGuru KAFA terima bayaran elaun tambahan selama setahun

Guru KAFA terima bayaran elaun tambahan selama setahun

image 11

TELOK AYER TAWAR : Seramai 1,600 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dari 217 premis KAFA di negeri ini bakal menerima bayaran elaun tambahan selama setahun melibatkan peruntukan RM25,090,200.

image 12
DATO’ Dr. Mohamad Abdul Hamid.



Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata dengan penambahan tersebut jumlah bayaan elaun yang diterima oleh guru-guru KAFA meningkat kepada RM RM1,300 (guru) dan RM1,350 (guru besar) berbanding RM1,100 sebelum ini.

“Peruntukan tambahan ini sebahagiannya adalah dibiayai oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjumlah RM3,970,200 melalui Zakat Pulau Pinang (ZPP).

“Baki RM21,120,000 adalah daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),” ujarnya semasa menyempurnakan Majlis Ikrar Guru KAFA Lantikan Baharu 1/2024 dekat sini baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Dato’ Amran Hazali serta beberapa pengurusan tertinggi.

image 13
BARISAN guru KAFA yang terlibat semasa Majlis Ikrar Guru KAFA.


Mengulas lanjut, Mohamad memaklumkan terdapat juga beberapa premis KAFA yang mengambil inisiatif melaksanakan sesi pengajaran selama lima hari seminggu dengan bayaran elaun tambahan ditanggung oleh jemaah pengurusan sekolah.

“Kerajaan Negeri sentiasa cakna akan kepentingan pendidikan asas agama terutamanya penglibatan murid-murid dalam program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

“Sehubungan itu, peningkatan elaun dan sokongan tambahan kepada guru-guru KAFA adalah bertujuan memperkukuhkan sistem pendidikan Islam di peringkat negeri sekali gus memberi dorongan kepada para pendidik untuk terus memberikan pengajaran yang berkualiti demi kepentingan generasi masa depan,” jelasnya lagi.

Sumber : Buletin Mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments