Sunday, April 19, 2026
UtamaJenayahWanita dakwa suara bilal di Masjid Batu Feringgi ganggu kejiranan direman 4...

Wanita dakwa suara bilal di Masjid Batu Feringgi ganggu kejiranan direman 4 hari

xyW0MGbt BTV3 WORK 11 1024x538 1

GEORGE TOWN: Wanita yang didakwa masuk ke ruang solat lelaki dan bertanyakan soalan kurang sopan di Masjid Jamek Ar-Rahman, Batu Feringghi di sini, direman selama empat hari.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, wanita warga emas berkenaan ditahan selepas dia diserahkan sendiri oleh keluarganya kepada polis di balai berhampiran.

“Wanita terbabit mendapat perintah reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

“Dia akan dirujuk kepada rawatan psikiatri kerana didapati mempunyai gejala penyakit mental,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Semalam, media melaporkan mengenai kejadian tular mengenai wanita berkenaan yang bertanya kepada seorang jemaah mengenai suara bacaan bilal dan imam terlalu kuat sehingga mengganggu kejiranan.

Berikutan kejadian itu tular, laporan polis dibuat 15 Mac lalu di Balai Polis Batu Feringghi dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments