Saturday, April 18, 2026
UtamaJenayahTipu MC, 5 termasuk suami isteri kena penjara, denda

Tipu MC, 5 termasuk suami isteri kena penjara, denda

52MDCvqc BULETIN TV3 1

BUTTERWORTH: Lima individu termasuk suami isteri masing-masing dijatuhi hukuman penjara satu hari dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Sesyen, di sini selepas mengaku bersalah menggunakan sijil cuti sakit (MC) palsu dari sebuah hospital kerajaan, empat tahun lalu.

D Carolina dan suaminya, T D Vasudevan masing-masing berusia 28 tahun serta tiga yang lain, G Mukuntan, 28, M Harrvinthan, 27, dan R Gobinath, 43, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mereka juga diperintahkan menjalani hukuman penjara selama dua bulan sekiranya gagal membayar denda terbabit.

Mengikut pertuduhan, kelima-lima tertuduh didakwa dengan curang menggunakan sebagai tulen satu dokumen iaitu sijil cuti sakit yang ketika itu diketahui palsu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat mereka bekerja di sekitar Georgetown dan Bayan Lepas antara 24 Januari hingga 6 Oktober 2020.

Pendakwaan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afiqa Liyana Rozman dan Noor Azura Zulkifli manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Semasa prosiding, pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal diberikan terhadap semua tertuduh sebagai bentuk pengajaran memandangkan ia adalah kesalahan serius.

Semua tertuduh dalam rayuan menyatakan sudah insaf dan tidak akan mengulangi perbuatan itu. Mereka masing-masing merayu hukuman ringan dikenakan atas pelbagai alasan, antaranya terpaksa menyara ibu bapa yang uzur serta anak -anak yang masih kecil.

Hakim kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama satu hari bermula semalam dan denda RM1,500 terhadap semua tertuduh dan sekiranya gagal bayar akan dipenjarakan selama dua bulan.

Semua tertuduh dilaporkan membayar denda berkenaan.

Sumber : Buletin TV3

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments