
GEORGE TOWN : Polis Pulau Pinang membongkar kegiatan pengedaran ganja bernilai RM62,000 susulan penahanan dua lelaki warga tempatan di sini, Jumaat lalu.
Suspek berusia 23 dan 34 tahun yang juga penganggur itu ditahan menerusi operasi terancang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, jam 8.30 malam.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, serbuan dilakukan di kawasan daerah Barat Daya dan dua lelaki berkenaan ditahan dalam kereta di parkir di sebuah lorong.
“Pemeriksaan menemukan sebanyak 20 ketulan mampat dibaluti plastik lutsinar dan kertas warna keemasan di dalam kenderaan itu.
Sumber : Harian Metro

