
Lagi 3 hari umat Islam wajib mengerjakan ibadat puasa di bulan Ramadan, konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza dijadualkan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor tampil nasihat Siti berhubung penganjuran acara hiburan mega pada 9 Mac itu.
Wan Salim dalam kenyataannya berharap penghibur tersohor itu dapat menganjakkan konsert berkenaan ke tarikh lain iaitu bukan beberapa hari menjelang 1 Ramadan yang jatuh pada 12 Mac.
Wan Salim dalam kenyataannya berharap penghibur tersohor itu dapat menganjakkan konsert berkenaan ke tarikh lain iaitu bukan beberapa hari menjelang 1 Ramadan yang jatuh pada 12 Mac.
Penganjuran konsert menghampiri bulan puasa disifatkan seolah-olah melakukan perbuatan yang melalaikan daripada mengingati Allah, selain tidak menghormati bulan suci itu.
Katanya lagi, umat Islam digalakkan mengambil peluang untuk menggandakan amal ibadat serta banyak melakukan kerja kebajikan.
Namun, acara itu terpaksa ditangguhkan sebaik mendapat tarikh baharu daripada Perbadanan Stadium Malaysia dan Axiata pada 9 Mac ini.
Sejak dibuka untuk jualan, tiket konsert Siti laku keras apabila habis terjual dalam tempoh hanya kurang tiga jam, selepas dilancarkan pada 21 Disember tahun lalu.
Siti sebelum ini berkata, konsert berkenaan sepatutnya berlangsung pada Julai 2023.


