Tuesday, October 28, 2025
UtamaBerita‘Go Red for Women’ Semai Kesedaran Jantung dalam Kalangan Wanita

‘Go Red for Women’ Semai Kesedaran Jantung dalam Kalangan Wanita

GEORGE TOWN, 27 Okt 2025 – Program kesedaran kesihatan jantung ‘Go Red for Women’ di Projek Perumahan Rakyat Taman Manggis, di sini semalam berjaya menarik penyertaan komuniti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan Macalister B bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai penjagaan jantung, khususnya dalam kalangan wanita.

Isteri kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah berkenan menyempurnakan majlis tersebut dan menekankan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat serta menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi mencegah penyakit jantung.

Program anjuran Yayasan Jantung Malaysia dengan kerjasama KRT Jalan Macalister B, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang serta rakan strategik lain ini merupakan sebahagian daripada inisiatif global untuk mengurangkan risiko penyakit jantung yang merupakan punca utama kematian wanita di seluruh dunia.

Pada majlis sama, turut diadakan penyampaian Bantuan Bakul MADANI kepada golongan memerlukan sebagai simbol keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat setempat.

Seorang penerima bantuan, Hussaini Bakar, 55, melahirkan rasa syukur atas bantuan diterima yang disifatkannya amat membantu meringankan beban keperluan harian keluarga.

“Bantuan ini sangat membantu meringankan beban keperluan harian keluarga saya,” katanya.

-RI

Sumber : Malaysia Aktif

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments