Friday, April 17, 2026
UtamaBeritaOperasi pembenihan awan di Pulau Pinang, Perak

Operasi pembenihan awan di Pulau Pinang, Perak

Awan 1

KUALA LUMPUR: Operasi pembenihan awam akan dilaksanakan pada semalam dan hari ini menyasarkan kawasan sekitar beberapa empangan di Pulau Pinang dan Perak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata operasi itu berdasarkan permohonan kerajaan negeri yang menyasarkan kawasan sekitar Empangan Teluk Bahang di Balik Pulau dan Empangan Air Itam di Georgetown masing-masing di Pulau Pinang, selain Empangan Bukit Merah di Perak.

“Ia sebahagian tindakan awal bagi mengatasi penyusutan air di tiga empangan berkenaan dengan peratus kapasiti masing-masing di Empangan Teluk Bahang adalah 80 peratus; Empangan Air Itam (37 peratus) dan Empangan Bukit Merah (80 peratus),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) mengenai persediaan atau langkah kerajaan berdepan cuaca panas dan kering di Dewan Rakyat, semalam, 27 Februari 2024.

Nancy berkata, operasi pembenihan awan itu dilaksanakan sebagai persediaan menghadapi cuaca panas dan kering susulan peralihan Monsun Timur Laut (MTL) dan ia bertujuan menjamin bekalan air dengan pelaksanaannya menyasarkan lokaliti berhampiran kawasan tadahan hujan.

Langkah itu, katanya, lanjutan daripada ketetapan Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Bencana berkaitan Kemarau bagi memperkasa kesiapsiagaan impak cuaca panas dan kering yang dijangka berlarutan hingga akhir Mac ini.

Pelaksanaan operasi pembenihan awan itu akan diselaraskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia, berpandukan permohonan kerajaan negeri.

Sementara itu, Nancy berkata, kenyataan media METMalaysia pada 13 Februari lalu melaporkan taburan hujan akan berkurangan di kebanyakan tempat terutama di utara Semenanjung, termasuk Perak, Pahang dan Kelantan.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri yang memerlukan bantuan untuk melakukan operasi pembenihan awan boleh mengemukakan cadangan kepada NADMA.

“Ia bagi membolehkan penilaian kesesuaian lokasi dan atmosfera di kawasan cadangan dilakukan METMalaysia terlebih dahulu bagi menjamin kejayaan operasi berkenaan.

“Kejayaan operasi pembenihan awan bergantung keadaan atmosfera yang sesuai seperti kelembapan tinggi, kehadiran awan kumulus dan kelajuan angin yang lemah.

“Faktor sedemikian akan membolehkan penghasilan hujan yang tepat di kawasan disasarkan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Santubong.

Sumber : Berita Harian

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments