Sunday, May 24, 2026
UtamaBeritaMisi GSF berakhir, kapal Marinette dipintas Zionis

Misi GSF berakhir, kapal Marinette dipintas Zionis

KUALA LUMPUR, 3 Oktober- Kapal Global Sumud Flotilla (GSF) terakhir dikenali sebagai Marinette telah dipintas tentera rejim Zionis.

Perkara itu disahkan aktivis kemanusiaan, Nadir Al-Nuri di Facebook rasminya, hari ini.

Jelasnya, perjalanan misi kemanusiaan GSF gelombang pertama telah berakhir sepenuhnya dengan keseluruhan kapal telah dipintas sejak awal pagi Khamis.

“Bermakna berakhirlah perjalanan seluruh peserta GSF gelombang pertama kita pada kali ini. Alhamdulillah, mereka berjuang dengan Sumud sehingga ke saat akhir.

Kini tiba tugas para peguam dan tugas kita, memberi tekanan sehingga semua peserta dibebaskan dan genosid dihentikan. Bangkit!,” kata Nadir.

Sementara itu, sebanyak 11 lagi kapal sedang belayar menuju ke Gaza membawa misi sama, di bawah gabungan pertubuhan antarabangsa Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens.

Konvoi tersebut membawa kira-kira 100 orang aktivis termasuk sukarelawan yang pernah menyertai misi sama sebelum ini.

Sumber : Berita RTM

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments