Wednesday, April 22, 2026
UtamaBeritaLebih 50 Ketua Keluarga Terjejas Banjir di Seberang Perai Tengah Terima Sumbangan

Lebih 50 Ketua Keluarga Terjejas Banjir di Seberang Perai Tengah Terima Sumbangan

SEBERANG JAYA– Lebih 50 ketua keluarga di beberapa kawasan di Seberang Perai Tengah yang terjejas kerana dilanda bencana banjir kilat, pokok tumbang dan angin ribut baru-baru ini menerima bantuan dalam satu majlis di A Zone Basketball, Jalan Tenggiri, di sini pada Isnin.

image 152

Selain bantuan yang disampaikan oleh Pengerusi Inisiatif Penyelidikan Sosial dan Ekonomi (Seri) Nurul Izzah Anwar, mereka turut menerima sumbangan wang tunai daripada Kerajaan Negeri serta kotak makanan hasil kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Nurul Izzah berharap bantuan ini dapat meringan beban keluarga yang terkesan dan menegaskan komitmen kerajaan untuk terus prihatin terhadap isu-isu kebajkan rakyat.

“Kerajaan tidak akan meminggirkan suara rakyat dan setiap inisiatif dalam Belanjawan 2025 yang diumumkan oleh Perdana Menteri akan memberi manfaat besar kepada kebajikan dan kehidupan rakyat,” katanya.

image 154

Para penerima menerima sumbangan bantuan kotak makanan daripada YADIM.

Turut hadir Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah Kamarul Haizal Koderat dan Timbalan Yang Di Pertua YADIM Profesor Madya Dr. Adi Anuar Azmin@Che Wan.

Sumber : Malaysia Aktif

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments