Saturday, December 6, 2025
UtamaBeritaSambut baik naik taraf Kompleks Makanan Kampung Melayu demi kebersihan, keselamatan

Sambut baik naik taraf Kompleks Makanan Kampung Melayu demi kebersihan, keselamatan

KOMPLEKS Makanan Kampung Melayu yang berusia hampir 30 tahun akan dinaik taraf bermula tahun depan disambut baik oleh pengunjung dan peniaga.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Airi Itam, Joseph Ng Soon Siang, naik taraf tersebut menelan kos RM2.4 juta.

image 156

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Soon Siang ketika dihubungi oleh Buletin Mutiara pagi tadi.

“Saya menjangkakan naik taraf ini akan mengambil masa selama setahun, sekarang para peniaga giat memindahkan barang-barang untuk ke kawasan parkir pemindahan sementara.

“Astaka baharu akan mengandungi 20 gerai dan kita akan masukkan sekali peniaga-peniaga tidak sah di kawasan berhampiran astaka,” maklum beliau lagi.

image 157

Peniaga nasi ayam, NUR LINA BAHKARANG, 50-an menyambut baik usaha menaik taraf astaka terbabit setelah melihat keadaan yang sudah uzur dan tidak selamat.

image 160

“Boleh tengok pokok yang besar depan ini pun bahaya, kalau ada ribut.

“Selain itu kes hilang barang pun pernah jadi, perbuatan khianat dan lain-lain, lepas naik taraf nanti ada pintu, pagar lebih sempurna, jadi barang-barang lebih selamat,” jelasnya kepada wartawan Buletin Mutiara, WATAWA NATAF ZULKIFLI tengah hari tadi.

image 159

Seorang anak tempatan yang cuma mahu dikenali sebagai JAY, 40-an berkata, naik taraf tersebut dapat meningkatkan tahap kebersihan di kompleks makanan tersebut.

Bagi KHAIRUL HALIM, 50-an berpendapat, sekiranya berwajah baharu ia mampu menarik lebih ramai pengunjung.

“(Pasar raya) Sunshine pun baru buka, jadi ini satu peluang untuk kawasan ini terima pelanggan-pelanggan baru yang bekerja di situ,” katanya.

image 161

Peniaga Marhaban Nasi Dalca yang mahu dikenali sebagai MAMU, 60-an turut menyambut baik naik taraf kompleks makanan terbabit yang  perlu seiring dengan peredaran zaman.

“Seiring peredaran zaman, astaka yang hampir 30 tahun ini perlu dinaik taraf tersebut dapat terutamanya dari segi kebersihan, keselamatan, baru boleh bagi saingan di tempat baharu.

“Cuma mungkin tempat baharu nanti agak kecil sedikit, tapi saya terima dengan reda, tengoklah macam mana nak sesuaikan kelak,” katanya.

SUMBER : BULETIN MUTIARA

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments