Saturday, May 23, 2026
UtamaBeritaIklan haram, MBPP minta SKMM batalkan nombor telefon

Iklan haram, MBPP minta SKMM batalkan nombor telefon

image 48

PADANG KOTA : Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengambil inisiatif mendapatkan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membatalkan nombor telefon pengiklan-pengiklan haram.

Menurut Ahli Majlis MBPP, Tan Soo Siang, tindakan tersebut selaras dengan Seksyen 263(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

“Pada tahun 2024 sahaja, terdapat 16 nombor telefon yang telah dikesan mengulangi kesalahan sama dan terdiri daripada iklan agen hartanah, pusat tuisyen dan pinjaman wang.

image 49
Iklan haram, MBPP minta SKMM batalkan nombor telefon 4



“Selepas tindakan diambil mengikut prosedur ditetapkan, pihak Majlis mendapati bahawa terdapat enam pemilik iklan masih bergiat aktif memasang iklan haram walaupun beberapa kali (iklan) diturunkan termasuk mengeluarkan notis peringatan.

“Justeru, tindakan akhir Majlis adalah mengemukakan nombor telefon tersebut kepada SKMM untuk dibatalkan pada April lalu dan kini semua nombor tersebut sudah pun dibatalkan,” ujarnya dalam satu sidang media di Pejabat Jabatan Pelesenan MBPP, Padang Kota, di sini pagi semalam.

Hadir sama, Ahli Majlis MBPP, Rohaizat Hamid dan Choong You Ray.

Mengulas lanjut, Soo Siang memberitahu MBPP akan memerangi iklan-iklan haram berikutan kewujudannya yang mencacatkan pemandangan setempat, menutup papan tanda lalu lintas serta pemasangan yang mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya apabila tidak mengikut syarat pemasangan.

image 50
Iklan haram, MBPP minta SKMM batalkan nombor telefon 5



“Setiap tahun, Pasukan Banner Haram Jabatan Penguatkuasaan dan Unit Iklan Jabatan Pelesenan telah menurunkan 7,000 hingga 10,000 keping iklan pelbagai jenis.

“Setakat Jun 2024, sebanyak 3,230 iklan haram diturunkan meliputi 1,082 gegantung, 887 sepanduk, 247 iklan pinjaman wang, 1,009 iklan kecil dan lima papan iklan kecil.

“Setiap iklan haram yang dipasang boleh dikenakan kompaun sebanyak RM250 setiap satu,” tegas Soo Siang lagi.

Difahamkan kos permit pemasangan iklan melalui MBPP adalah sebanyak RM20 setiap satu dan RM30 deposit yang akan dikembalikan serta pemprosesan RM50.

Sumber : Buletin Mutiara

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments