Friday, December 5, 2025
UtamaBeritaFeri ikonik Pulau Pinang tenggelam akibat tali pengikat putus

Feri ikonik Pulau Pinang tenggelam akibat tali pengikat putus

image 47

BUTTERWORTH : Sebuah feri ikonik Pulau Pinang yang ditempatkan di Pangkalan Sultan Abdul Halim, di sini dilaporkan tenggelam awal semalam.

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) ketika ini sedang menjalankan usaha menaikkan semula feri berkenaan, manakala pihak bomba mengawal minyak daripada tumpah ke dalam laut.

Difahamkan feri berkenaan mula senget sebelum tenggelam sepenuhnya kira-kira jam 3 pagi tadi dan kejadian dipercayai berpunca daripada tali yang mengikat feri ini putus susulan angin kuat.

Pengerusi SPPP, Datuk Yeoh Soon Hin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang ditamatkan pada 2020 setelah beroperasi lebih 126 tahun dan digantikan dengan perkhidmatan bot laju untuk membawa penumpang individu dan feri bagi motosikal dan basikal.

Bagaimanapun bagi mengekalkan nilai sejarah dan elemen ikonik Pulau Pinang, SPPP bercadang menempatkan dua feri ikonik di Tanjung City Marina yang akan diubah suai sebagai restoran serta muzium terapung, dan ia tidak bergerak.

Sumber : Berita Harian

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments