UtamaBeritaKerajaan Negeri Perkukuh Usaha Jamin Keselamatan Bangunan Warisan Pulau Pinang

Kerajaan Negeri Perkukuh Usaha Jamin Keselamatan Bangunan Warisan Pulau Pinang

Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus memberikan perhatian serius terhadap aspek keselamatan, pemuliharaan dan kelestarian bangunan warisan, khususnya susulan kejadian kebakaran yang berlaku pada 13 April 2026.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata, perkara tersebut antara yang dibincangkan ketika menerima kunjungan hormat Jawatankuasa Peguam Pulau Pinang yang diketuai Pengerusinya, S. Gowri.

Pertemuan khas itu memberi tumpuan kepada langkah pencegahan serta tindakan susulan yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan tahap keselamatan bangunan-bangunan warisan di negeri ini.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri menerusi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dengan kerjasama George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) sentiasa memantau keadaan dan struktur bangunan warisan.

Usaha tersebut termasuk melaksanakan inventori terhadap bangunan-bangunan usang bagi mengenal pasti keadaan semasa serta memastikan tindakan sewajarnya dapat dirancang dari aspek keselamatan dan pemuliharaan.

Dalam masa sama, Kerajaan Negeri terbuka mempertimbangkan cadangan penubuhan sebuah jawatankuasa yang memberi perhatian kepada aspek perundangan berkaitan pengurusan dan keselamatan bangunan warisan.

Kerjasama dengan pelbagai pihak juga dijangka diperluaskan pada tahun hadapan, termasuk melibatkan Jawatankuasa Peguam Pulau Pinang.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah mantan Presiden Jawatankuasa Peguam Pulau Pinang, Dato’ Mohamad Ezri Abdul Wahab; Bendahari, Jo-Anne Leslie De Vries; Ahli Jawatankuasa, V. Parthipan; Pengarah Eksekutif, Asma Samsudin; Datuk Bandar MBPP, Dato’ Ir. P. Rajendran serta Pengurus Besar GTWHI, Dr. Ang Ming Chee.

Kerajaan Negeri menegaskan komitmen untuk memastikan usaha pemulihan dan pengurusan bangunan warisan dilaksanakan secara berperingkat, menyeluruh dan berterusan, sekali gus menjamin keselamatan orang ramai serta memastikan khazanah warisan Pulau Pinang terus dipelihara untuk generasi akan datang.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments