UtamaBeritaLegasi Lebih Sembilan Dekad Rotary Club of Penang Terus Perkukuh Komuniti –...

Legasi Lebih Sembilan Dekad Rotary Club of Penang Terus Perkukuh Komuniti – Ketua Menteri

Legasi perkhidmatan Rotary Club of Penang selama lebih sembilan dekad terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh komuniti dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow.

Ditubuhkan pada 1930 sebagai Rotary Club pertama di Malaya, pertubuhan itu telah banyak menyumbang dalam bidang kesihatan, pendidikan, pembangunan belia dan bantuan kemanusiaan.

Berucap pada Majlis Pelantikan Presiden Ke-96 Rotary Club of Penang di Eastern & Oriental Hotel, Kon Yeow berkata, sumbangan Rotary selari dengan aspirasi Penang2030 dalam mewujudkan negeri hijau dan pintar yang berteraskan keluarga.

Beliau turut menekankan fokus Kerajaan Negeri pada 2026 terhadap “Livelihood Economy”, yang memberi perhatian kepada pekerjaan berkualiti, pendapatan mampan dan taraf kehidupan yang adil, selain mengiktiraf kepentingan kerjasama kerajaan, sektor swasta dan organisasi masyarakat dalam menangani cabaran sosial.

Kon Yeow turut menyambut baik tema Rotary International tahun ini, “Create Lasting Impact”, yang menekankan impak berkekalan melalui perubahan dalam kehidupan masyarakat, pembinaan kerjasama serta pengukuhan komuniti untuk generasi akan datang.

Beliau yakin Rotary Club of Penang akan terus menjadi rakan strategik dalam membina Pulau Pinang yang lebih prihatin, inklusif dan berdaya tahan, khususnya ketika pertubuhan tersebut semakin menghampiri ulang tahun penubuhannya yang ke-100.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments