UtamaBeritaWarisan Potehi Perlu Diwariskan Kepada Generasi Muda – Ketua Menteri

Warisan Potehi Perlu Diwariskan Kepada Generasi Muda – Ketua Menteri

Seni Potehi dan teater boneka perlu terus diwariskan kepada generasi muda bagi memastikan khazanah budaya tersebut kekal hidup dan relevan, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow.

Menurut beliau, pemeliharaan warisan bukan sekadar menjaga tradisi masa lalu, sebaliknya perlu melibatkan pendidikan, penyertaan komuniti serta kreativiti golongan muda.

Berucap ketika merasmikan Penang Puppet Festival 2026 di Hin Bus Depot dan COEX @ Kilang Besi, beliau berkata festival bertemakan Berbunga itu memperlihatkan bagaimana warisan boleh terus berkembang tanpa terputus daripada akar sejarahnya.

Program selama 12 hari itu menghimpunkan penggiat tempatan dan antarabangsa menerusi persembahan, pameran, bengkel, program sekolah, sesi perkongsian serta pertukaran antara penggiat seni.

Kon Yeow turut menegaskan bahawa kepelbagaian budaya merupakan kekuatan Pulau Pinang dan tidak seharusnya dijadikan alat untuk memecahbelahkan masyarakat.

Beliau berkata negeri ini akan terus membuktikan bahawa masyarakat daripada pelbagai latar belakang mampu hidup bersama, saling menghormati dan meraikan warisan masing-masing, sekali gus menjadikan budaya sebagai jambatan yang memperkukuh perpaduan.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments