UtamaBeritaPH Pulau Pinang Kekal Kerjasama BN, Sasar Tambah Kerusi Pada PRN Akan...

PH Pulau Pinang Kekal Kerjasama BN, Sasar Tambah Kerusi Pada PRN Akan Datang

Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang mencapai kesepakatan untuk meneruskan kerjasama politik dengan Barisan Nasional (BN) serta mengekalkan satu-satunya Exco daripada BN dalam pentadbiran Kerajaan Negeri, selaras dengan persefahaman yang dibentuk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023.

Pengerusi PH Pulau Pinang merangkap Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata, keputusan itu selari dengan pendirian kepimpinan PH dan BN di peringkat Persekutuan untuk meneruskan kerjasama sehingga tamat penggal.

Menurut beliau, PH negeri kini akan memberi tumpuan kepada gerakan yang lebih agresif, tersusun dan berdisiplin bagi memperluas sokongan rakyat serta memastikan Pulau Pinang terus menjadi benteng kukuh gabungan berkenaan.

Menghadapi PRN akan datang, Kon Yeow menegaskan PH bukan sahaja berhasrat mempertahankan mandat pentadbiran Kerajaan Negeri, malah menyasarkan pertambahan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau turut menegaskan menjadi tanggungjawab PH Pulau Pinang untuk mempertahankan kerusi termasuk Bayan Lepas dan Batu Maung, di samping membina momentum baharu bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap gabungan tersebut.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments