UtamaUncategorizedKerajaan Negeri Perkukuh Hubungan Dua Hala Dengan Sri Lanka

Kerajaan Negeri Perkukuh Hubungan Dua Hala Dengan Sri Lanka

758658465 2322878641853613 395831959228605860 n

Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus memperluaskan jaringan kerjasama antarabangsa apabila Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Dharshana M. Perera, yang mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Pulau Pinang.

Pertemuan tersebut menjadi platform untuk membincangkan peluang memperkukuh hubungan ekonomi serta kerjasama antara rakyat kedua-dua pihak.

Menurut Chow, Malaysia dan Sri Lanka telah menjalin hubungan diplomatik yang erat sejak tahun 1957, dan hubungan tersebut terus berkembang dalam pelbagai bidang.

Beliau berkata, Pulau Pinang dan Sri Lanka mempunyai potensi besar untuk memperluaskan kerjasama, khususnya dalam sektor pelancongan, hospitaliti, telekomunikasi serta industri pakaian, yang dilihat mampu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Beliau menegaskan bahawa Kerajaan Negeri akan terus mengukuhkan hubungan dengan rakan antarabangsa bagi meneroka peluang baharu dalam perdagangan, pelaburan dan pembangunan ekonomi.

Chow berkata, kerjasama strategik seperti ini bukan sahaja mampu memperluaskan jaringan antarabangsa Pulau Pinang, malah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri serta memperkukuh hubungan antara rakyat kedua-dua negara.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments