UtamaBeritaKerajaan Negeri Terus Pantau Penempatan Komuniti Rohingya Di Pulau Pinang

Kerajaan Negeri Terus Pantau Penempatan Komuniti Rohingya Di Pulau Pinang

Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan terus memantau kawasan yang menempatkan komuniti Rohingya susulan perkembangan terkini di Penaga bagi memastikan keadaan sosial serta ketenteraman awam di negeri ini kekal terkawal.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, perpindahan kumpulan berkenaan ke Kuala Lumpur bukan merupakan operasi yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri, sebaliknya dibuat secara sukarela bagi mendapatkan bantuan daripada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Beliau berkata, Kerajaan Negeri mengambil maklum terhadap maklum balas penduduk tempatan berhubung kehadiran komuniti Rohingya di beberapa kawasan yang didakwa memberi kesan kepada persekitaran sosial dan ekonomi setempat.

Menurutnya, selain Penaga, terdapat juga komuniti Rohingya yang menetap di beberapa kawasan lain termasuk sekitar Bagan, justeru pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keadaan sentiasa terkawal.

Chow turut menegaskan bahawa semua individu yang berada di negara ini perlu mematuhi undang-undang Malaysia serta menggunakan saluran yang sah dalam setiap urusan.

Pada masa sama, beliau berharap UNHCR dapat memainkan peranan yang lebih aktif dalam memantau dan mengurus isu berkaitan komuniti pelarian bagi memastikan pengurusan mereka dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun serta tidak menjejaskan kesejahteraan masyarakat setempat.

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments