Friday, June 19, 2026
UtamaBeritaPerkasa PKS, Pulau Pinang Perlu Lahirkan Lebih Banyak Juara Tempatan Bertaraf Global

Perkasa PKS, Pulau Pinang Perlu Lahirkan Lebih Banyak Juara Tempatan Bertaraf Global

Pulau Pinang perlu melahirkan lebih banyak syarikat tempatan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negeri terus mampan dalam menghadapi cabaran global yang semakin kompleks.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, selain menarik pelaburan syarikat multinasional (MNC), tumpuan juga perlu diberikan kepada pemerkasaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) supaya mampu meningkatkan keupayaan, produktiviti serta bergerak lebih jauh dalam rantaian nilai global.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Forum Ekonomi Pulau Pinang 2026 yang dianjurkan bersama oleh RHB Banking Group dan Penang Institute.

Menurut beliau, Pulau Pinang berjaya menarik pelaburan pembuatan berjumlah RM230 bilion dari tahun 2018 hingga 2025 dan kekal sebagai penyumbang eksport terbesar negara pada tahun 2025.

Namun, cabaran sebenar kini adalah memastikan kelebihan tersebut diterjemahkan kepada inovasi, peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dan pertumbuhan syarikat tempatan yang berdaya saing.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri terus memperkukuh pembangunan bakat, pendigitalan serta inisiatif seperti Penang Silicon Design @5KM+ dan Penang International Financial Centre (PIFC) bagi membantu lebih banyak PKS berkembang menjadi syarikat bertaraf global dan tersenarai di bursa saham

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments