Wednesday, June 10, 2026
UtamaBeritaIbiden Labur RM2.5 Bilion Untuk Perluasan Operasi di Pulau Pinang

Ibiden Labur RM2.5 Bilion Untuk Perluasan Operasi di Pulau Pinang

Syarikat elektronik dan seramik terkemuka dari Jepun, Ibiden Co. Ltd menerusi anak syarikatnya, Ibiden Electronics Malaysia Sdn. Bhd., akan memperkukuh lagi kehadirannya di Pulau Pinang melalui projek perluasan fasiliti sedia ada yang melibatkan pelaburan bernilai RM2.5 bilion.

Pengarah Urusan Ibiden Electronics Malaysia, Katsuhiko Hayashi berkata, projek yang dijangka siap menjelang tahun 2027 itu bertujuan meningkatkan kapasiti pengeluaran produk substrat pembungkusan litar bersepadu (IC) generasi baharu yang menyokong teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk pelanggan global termasuk Intel, Nvidia dan Broadcom.

Pelaburan tersebut mencerminkan keyakinan berterusan syarikat terhadap Pulau Pinang sebagai hab strategik bagi industri semikonduktor dan pembuatan berteknologi tinggi.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menyambut baik pengumuman tersebut dan menyifatkannya sebagai perkembangan positif kepada ekonomi negeri.

Menurut beliau, pelaburan baharu itu membuktikan keyakinan syarikat multinasional terhadap ekosistem perindustrian Pulau Pinang, tenaga kerja berkemahiran serta persekitaran perniagaan yang kondusif.

Beliau berkata, projek tersebut dijangka mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bernilai tinggi sekali gus mengukuhkan kedudukan Pulau Pinang sebagai antara destinasi utama industri semikonduktor dan pembuatan maju di Asia

RELATED ARTICLES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini
Captcha verification failed!
Skor pengguna captcha gagal. sila hubungi kami!
- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments